TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG KAMI
RSS

Khamis, 29 Januari 2009

PERATURAN – PERATURAN SEKOLAH

1. Umur minima bagi pendaftaran ialah 3 Tahun pada bulan Januari. Salinan surat beranak dan 2 keping gambar berukuran passport hendaklah disertakan bersama borang pendaftaran.
2
. Kelas – kelas yang disediakan ialah Kindergarten 1, Kindergarten 2, Kindergarten 3, Tahun 1/Year 1,Tahun 2/Year 2.
3. Yuran Pendaftaran ialah $20.00
4. Yuran bagi sebulan ialah $100.00 bagi Year 2,Year 1 & Kindergarten 3 dan $90.00 bagi Kindergarten 2 & Kindergarten 1. Pembayaran bermula dari bulan Januari hingga bulan Disember.
5. Yuran Pendaftaran, Yuran Bulan Januari & Disember serta Yuran Buku & Alat Tulis mestilah dibayar semasa mendaftar.
6. Yuran bulanan mestilah dibayar pada tiap – tiap bulan termasuk pada waktu cuti penggal persekolahan dan cuti – cuti awam.
7. Yuran mestilah dibayar pada tiap – tiap minggu pertama disetiap bulan. Semua wang yang sudah dibayar tidak akan dikembalikan lagi.
8. Murid – murid akan mula belajar pada pukul

8.00 Pagi – 11.30 Pagi - Kindergarten 1 & Kindergarten 2
7.30 Pagi – 12.00 Tengahari - Kindergarten 3
7.30 Pagi – 12.30 Tengahari - Year 1 & Year 2

9. Murid – murid diwajibkan memakai pakaian seragam Sekolah yang boleh dibeli dari pihak Sekolah. Tidak dibenarkan membuat pakaian sendiri.
10. Buku – buku teks, buku – buku tulis dan alat tulis boleh dibeli dari pihak Sekolah.
11. Makanan dan minuman tidak disediakan oleh pihak Sekolah. Murid – murid hendaklah membawa makanan sendiri. Hanya makanan yang halal sahaja dibenarkan dibawa ke Sekolah ini.
12. Murid – murid mestilah rajin datang ke Sekolah dan hendaklah berada di Sekolah 15 minit sebelum pelajaran dimulakan. Mereka tidak dibenarkan meninggalkan kawasan Sekolah tanpa kebenaran dan hendaklah berada di Sekolah sehingga waktu pulang.
13. IbuBapa / Penjaga murid hendaklah memaklumkan pihak Sekolah apabila anak mereka tidak hadir ke Sekolah.
14. Pihak Sekolah berhak mengubah dan menambah peraturan – peraturan di atas dari masa ke semasa.

Pihak Sekolah berharap agar IbuBapa / Penjaga murid – murid akan dapat memberikan kerjasama dan sokongan bagi mematuhi semua peraturan Sekolah ini.